Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga bot bawa 10 pemancing dikhuatiri hilang -

Tiga bot bawa 10 pemancing dikhuatiri hilang

SERAMAI 10 pemancing bersama tiga kru bot yang turun ke laut bagi melakukan aktiviti memancing dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd Ramli berkata, kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu, Kuala Besut.

Muhammad Suffi berkata namun, sehingga kini kesemua mereka masih tidak pulang dan gagal dihubungi, menurut laporan Astro AWANI.

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan ketiga-tiga bot pemancing tersebut.

Jelas Muhammad Suffi, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.45 pagi Khamis bagi mengesan bot tersebut.

Tambah beliau, sehingga kini masih tiada perkembangan status bot kerana bot tersebut tiada peralatan komunikasi seperti radio.

Katanya lagi, pihak MRSC Kuantan telah berhubung dengan Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil bagi hebahan mengenai bot tersebut.

Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.