Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat -

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat

SEPULUH pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Kesemua mereka ditemui oleh kapal pembekal kira-kira jam1.40 tengah hari pada kedudukan 80 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu berhampiran pelantar minyak Cendor.

Pegawai Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Terengganu Leftenan Komander, Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin berkata bot berkenaan dikatakan mengalami kerosakan enjin sehingga hanyut berhampiran pelantar terbabit.

Jelasnya lagi, kesemua mangsa yang berusia antara 32 hingga 52 tahun ditemui dalam keadaan selamat dan kini dalam proses membawa pulang.

“Masa bawa balik kita jangkakan lima ke enam jam bergantung pada keadaan cuaca dan bergantung pada keadaan mangsa sendiri.

“Walau bagaimanapun kita cuba cepatkan proses membawa balik memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, tapi kita cuba sedaya upaya,” katanya selepas menyampaian taklimat kepada keluarga mangsa di Pejabat Maritim Kuala Terengganu pada Jumaat, memetik laporan Astro AWANI.

Menurut Mohd Arizan Hakimi pihaknya menjangkakan kesemua mangsa akan tiba ke Jeti Maritim Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam nanti bergantung pada keadaan cuaca.

Terdahulu, seramai seramai 10 pemancing bersama tiga kru dikhuatiri hilang di laut selepas bot dinaiki mereka tidak kembali ke daratan seperti yang ditetapkan.

Kesemua mereka berlepas ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu, Kuala Besut dan sepatutnya pulang pada Rabu.