Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 'Zahid mahu PRU-15 segera sebab mahu jawatan PM' – Tajuddin -

[VIDEO] ‘Zahid mahu PRU-15 segera sebab mahu jawatan PM’ – Tajuddin

DESAKAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera adalah satu helah bagi membolehkan dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendedahkan perkara itu berkata, isu untuk mempercepatkan PRU-15 sepatutnya tidak dibangkitkan apabila jawatan Perdana Menteri kembali kepada UMNO.

“Soal pilihan raya, kita sekarang dah ada Perdana Menteri UMNO. Selama ini apa yang kita perjuangkan adalah untuk dapat kembali kuasa dalam kerajaan. Sekarang kita sudah capai perkara itu, Buat apa nak bising lagi nak PRU cepat?

“Nanti yang dikejar tak dapat, digendong berciciran. Apa yang tak puas hati lagi? Dia tak puas hati sebab Zahid sendiri nak jawatan… Teruk. Bukan untuk parti… Apa yang diperjuangkan adalah kerana dia nak kuasa. Saya berani jamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar berhubung penamatan jawatannya sebagai ahli MKT UMNO di Petaling Jaya pada Isnin.

Sehubungan itu, Tajuddin mencadangkan Ahmad Zahid untuk menumpukan perhatian yang penuh kepada kes-kes yang sedang dibicarakan di mahkamah berbanding tertalu tertumpu untuk mempercepatkan PRU-15.

“Kita doakan semoga masalah dia dipermudahkan. Tapi kes-kes itu akan ambil masa yang panjang, masih lagi nak pilihan raya cepat? Nak kena fikir naik turun mahkamah lagi. Tumpu pada masalah dia sendiri. Jangan sampai masalah peribadi dia membebankan parti,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mengingatkan pihak yang mahu PRU-15 dipercepatkan perlu sedar bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tidak boleh dijadikan kayu ukur ekoran peratusan pengundi yang rendah.

“Jangan lihat PRN johor, Melaka sebagai rujukan, PRN dan PRU tak boleh disamakan. Yang turun mengundi di Johor Melaka berapa ramai sahaja yang turun mengundi? Dia ingat PRU macamtu ke?” ujarnya lagi.—SB