Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki maut motosikal dirempuh kereta hilang kawalan, 4 cedera -

Lelaki maut motosikal dirempuh kereta hilang kawalan, 4 cedera

Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, penunggang motosikal, Mohamad Shahrul Azuan Mohamad Saad, 22, dari Kampung Charok Bemban, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara pembonceng motosikal jenis Honda RS150R itu, Mohamad Farhan Md. Rosedi, 22, cedera parah.

Pemandu kereta Proton Wira bersama isteri dilaporkan cedera ringan manakala bayi mereka berusia tiga bulan parah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun yang datang dari arah Sungai Petani menghala Baling hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah motosikal.

“Kereta dan motosikal tersebut kemudian merempuh sebatang pokok kelapa sawit di bahu jalan sehingga menyebabkan motosikal terperosok masuk ke dalam kereta,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!