Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lengkap kertas siasatan jurugambar, peguam gaduh -

Lengkap kertas siasatan jurugambar, peguam gaduh

POLIS sedang mengemas kini kertas siasatan berkaitan jurugambar sambilan akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, keterangan kedua-dua pihak sudah diambil selepas mereka tampil membuat laporan polis semalam.

“Selepas kertas siasatan dilengkapkan kita akan merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

“Buat masa ini kita sedang mengemas kini kertas siasatan selepas keterangan mereka diambil semalam,” katanya lapor Harian Metro.

Semalam polis mengesahkan menerima laporan daripada jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam insiden pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Kedua-dua pihak tampil membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 di sini.