Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KPWKM cadang perluas khidmat sakit tuan di KNS seluruh negara -

KPWKM cadang perluas khidmat sakit tuan di KNS seluruh negara

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang memperluaskan perkhidmatan sakit tuan di Klinik Nur Sejahtera (KNS) seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebelum ini ia dikhususkan kepada golongan wanita untuk mendapatkan perkhidmatan sakit puan di Kuala Lumpur dan semalam kementerian melancarkan projek rintis di peringkat negeri di Dungun, Terengganu bagi perkhidmatan saringan kesejahteraan kesihatan lelaki.

Menurutnya, projek rintis ini bertujuan membantu golongan lelaki berhadapan masalah kesihatan sakit tuan selain mendapatkan maklum balas sebelum diperluaskan di 47 KNS lain di seluruh negara, memetik laporan Harian Metro.

Katanya, kebanyakan golongan lelaki malu untuk menceritakan masalah penyakit dihadapi mereka seperti hyperplasia prostat benigna (BPH) atau pembesaran prostat bukan kanser.

“Pada pelancaran projek rintis semalam ada di kalangan lelaki tampil membuat pemeriksaan dan menceritakan masalah kesihatan dihadapi mereka dan dari sini kita mendapat respon sama ada program ini mendapat sambutan atau tidak sebelum diperluaskan di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Seramai 642 menerima anugerah dan 15 daripadanya terdiri orang kurang upaya (OKU) membabitkan pegawai dan kakitangan sokongan di KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semalam media melaporkan, sempena Sambutan Hari Bapa peringkat Kebangsaan di KNS Dungun, Terengganu KPWKM melancarkan projek rintis pertama di peringkat negeri yang menyediakan perkhidmatan tambahan khusus untuk bantuan psikososial dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.

Rina berkata, sepanjang Jun ini kementeriannya turut menyediakan 100 pemeriksaan kepada golongan lelaki untuk membuat saringan kesihatan di setiap negeri seluruh negara.