Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 1,690 kes baharu, tiada kematian -

Covid-19: 1,690 kes baharu, tiada kematian

SEBANYAK 1,690 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,540,612 kes setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow, penularan tersebut melibatkan 1,680 kes tempatan dengan 10 kes import.

Dalam pada itu, Malaysia pada Ahad kembali mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19 sejak lebih 18 bulan lalu yang menyaksikan kes kematian harian di negara ini.

Di samping itu, data berkenaan turut melaporkan sebanyak 25,944 kes masih aktif dengan 24,906 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 15 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sinar Harian melaporkan,seramai 1,000 pesakit dirawat di hospital dengan 23 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, seramai 15 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu juga mencatat lebih daripada kes aktif, iaitu sebanyak 2,108 kes.