Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tajuddin sahkan diri dilantik duta Malaysia ke Indonesia -

Tajuddin sahkan diri dilantik duta Malaysia ke Indonesia

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan beliau dijemput ke Istana Negara untuk menerima watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia.

“Ya, saya boleh mengesahkannya. Saya telah menerima jemputan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima watikah pelantikan sebagai duta esok,” kata Tajuddin, lapor portal FMT.

Jawatan duta besar ke Indonesia kosong sejak Datuk Zainal Abidin Bakar, yang dilantik pada 21 Mac 2019, bersara pada 4 April 2021.

Pelantikan Tajuddin mengejutkan pelbagai pihak yang turut mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk Ahli Parlimen, bekas diplomat, ahli politik dan masyarakat awam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, Putrajaya “tidak boleh memuaskan hati semua orang”.