Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu -

Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Perak yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan berasal dari Gerik merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

“Beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam.

“Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Mei 2021, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19. – BERNAMA