Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat dakwaan kanak-kanak nyaris diculik lelaki berjubah putih -

Polis siasat dakwaan kanak-kanak nyaris diculik lelaki berjubah putih

Polis Melaka Tengah sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Krubong, Melaka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun yang memaklumkan anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik ketika pulang dari mengaji.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua anak perempuan serta seorang anak saudaranya sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah. 

“Dalam perjalanan tiga kanak-kanak ini balik mengaji, mereka telah ditegur oleh satu lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna perak.

“Lelaki tersebut dikatakan menarik tangan anak kedua pengadu yang berusia enam tahun masuk ke dalam kereta sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar,” katanya menurut laporan Astro AWANI.

Mengulas lanjut katanya, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga kanak-kanak itu pergi ke rumah ibu saudara mereka yang berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Katanya, bapa mangsa turut memaklumkan terdapat orang awam yang sempat mengecam nombor pendaftaran kenderaan suspek, bagaimanapun hasil semakan dua jenis nombor yang berkemungkinan dilihat saksi mendapati, ia adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.

“Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, dua jenis nombor pendaftaran kenderaan yang dicam saksi mendapati ia berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda.

“Saksi juga mengesahkan Proton Persona berwarna silver yang dinaiki suspek bercat hitam di bahagian pintu pemandu,” katanya.

Justeru katanya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama.