Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahaguru Taekwondo Saberi Salleh meninggal dunia -

Mahaguru Taekwondo Saberi Salleh meninggal dunia

TOKOH seni bela diri Taekwondo dan Pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF) Prof Datuk Dr Md Saberi Md Salleh meninggal dunia pada usia 72 tahun pada jam 7.33 pagi Selasa.

Mengikut laporan Bernama, perkara tersebut disahkan oleh anak Allahyarham, Shareen dan Suzlan.

Allahyarham Saberi, yang merupakan bekas dekan pertama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan telah dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat pelbagai komplikasi kesihatan, awal Mei lepas.

“Dengan rasa sedih dan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Md Saberi Md Salleh telah kembali menemui penciptanya pada pukul 7.33 pagi, Selasa, 14 Jun 2022.

“Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan agar ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya,” menurut kenyataan ringkas keluarganya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau al-Amin Kuarters Polis Seksyen 20 Shah Alam untuk urusan selanjutnya.

Pada 2006, Allahyarham mendapat sokongan daripada 32 buah negara anggota gabungan untuk menubuhkan GITF sekali gus menjadikan beliau presiden.

Beliau seorang antara bukan warga Korea yang dilatih secara peribadi oleh mantan Presiden Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF), mendiang Jeneral Choi Hong Hi.

Allahyarham juga terkenal sebagai Pengasas Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF), Pengasas Akademi Taekwondo Sabree dan penerima International Hall of Fame Award 2008 The World Head of Family Sokeship Council yang hanya dianggotai pakar seni bela diri seperti Jackie Chan dan Chuck Norris.

Pada Januari 2010 juga, Saberi juga dianugerahkan Tali Pinggang Hitam Tahap ke-10 dan gelaran Mahaguru Agung (Grandmaster Chong Kwan Jang Nim) daripada Persekutuan Song Do Kwan Kong Soo Do.