Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gaduh di luar pusat hiburan, 17 ditahan -

Gaduh di luar pusat hiburan, 17 ditahan

SERAMAI 17 lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6, Sandakan, Sabah pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Mohd Hamizi Halim berkata, semua lelaki berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan semalam, selepas video pergaduhan itu tular di media sosial sejak Ahad.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada 11.30 malam Sabtu di hadapan sebuah pusat hiburan.

“Semua individu berkenaan direman untuk membantu siasatan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dua klip video selama 20 dan 26 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah premis hiburan tular di media sosial.