Bersatu boleh ‘duduk’ dengan Pas sebab mereka ikhlas – Hamzah

0
381

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh menjalinkan kerjasama atau ‘duduk’ bersama Pas dalam Perikatan Nasional (PN) kerana kedua-dua parti terbukti mempunyai tanggungjawab dan keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan semua pihak juga sewajarnya menolak sebarang tindakan yang dibuat demi kepentingan diri sendiri, terutama dalam mewujudkan satu kesatuan tanpa mengira fahaman politik demi masa depan negara yang lebih baik, lapor BH Online.

“Saya sentiasa mahu melihat bahawa dalam negara (ini) pemimpinnya harus duduk dan bersatu, tidak kira dia Bersatu, Pas atau UMNO sebab, dalam nak menentukan masa depan negara, kita harus tolak.

“Maka kalau nak menyatukan dia tidak boleh kata mengata antara satu sama lain, hari ini yang nampak kita boleh duduk dengan Pas kerana mereka boleh menerima dan bersetuju atau tidak bersetuju dalam beberapa perkara, ini membuktikan kita ada keikhlasan dan tanggungjawab bagi kepentingan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Kenduri Raya Bersatu Baling di Dataran Pejabat Bersatu Baling, di Baling, Kedah pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) oleh segelintir pihak sebagai gila kuasa.

Ahmad Zahid sebaliknya mengatakan Pas menolak PRU-15 kerana melihat parti itu khuatir akan kehilangan kerusi yang sedia ada.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama antara parti-parti politik pula, jelas Ahmad Zahid berkata BN bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti sebelum ataupun selepas PRU15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here