Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan penganggur warga asing pecah rumah -

Polis tahan penganggur warga asing pecah rumah

POLIS menahan seorang penganggur warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Cheras Indah, kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang di Taman Lembah Maju, Ampang.

Menerut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, penahanan suspek itu merupakan susulan laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik mendakwa seorang lelaki memecah masuk rumahnya.

“Suspek dikatakan masuk melalui tingkap bilik pada 24 Mei lalu.

“Susulan itu pihak polis merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Mohamad Farouk berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah.

Pihaknya masih mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

“Penangkapan suspek itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Ampang.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.