Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amran dilantik KSU Kementerian Luar baharu -

Amran dilantik KSU Kementerian Luar baharu

Datuk Amran Mohamed Zin dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Amran yang sebelum ini Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar menggantikan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 31 Mei lepas.

Mohd Zuki berkata, pelantikan Amran, 55, adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatannya.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu merealisasikan misi kementerian dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar luar negara serta memajukan dan melindungi kepentingan Malaysia melalui diplomasi yang dinamik dan proaktif,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Bernama.

Amran yang telah berkhidmat lebih 27 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland dan Duta Besar ke Turki.

Selain itu, Mohd Zuki turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad Shahrul atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara sepanjang tempoh perkhidmatannya