KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan mulai 10 pagi, 16 Jun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang video di akaun Facebooknya berkata, terdapat tiga kaedah bagi calon untuk mendapatkan keputusan tersebut
Kaedah pertama memerlukan calon untuk hadir ke sekolah masing-masing bagi mendapatkan keputusan sementara kaedah kedua membolehkan pelajar menerima keputusan secara dalam talian menerusi pautan yang akan diberikan.
“Ketiga, calon boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya lapor Astro AWANI.
Radzi berkata, apa yang paling penting untuk anak-anak, perjalanan masih jauh, banyak peluang dan ruang di hadapan sana.
“Apa saja keputusan SPM nanti terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik,” katanya
Seramai 407,097 calon telah menduduki peperiksaan SPM yang diadakan pada Mac lalu.
Sebelum ini, peperiksaan itu telah yang dijadualkan untuk berlangsung pada akhir tahun persekolahan telah ditunda kepada bulan Mac ekoran penyebaran pandemik Covid-19 dalam negara.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.