Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suspek kerat ibu 15 ada rekod sakit mental -

Suspek kerat ibu 15 ada rekod sakit mental

SUSPEK kes bunuh ibu kandung dengan mengerat tubuh wanita itu kepada 15 bahagian di Taman Kerian, Parit Buntar mempunyai rekod masalah mental.

Kosmo! melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu pernah menerima rawatan berkaitan penyakit berkenaan di sebuah hospital swasta di Georgetown, Pulau Pinang, 20 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, suspek yang menjalankan perniagaan barangan terpakai bersama mangsa tidak pernah menerima rawatan susulan selepas itu.

“Perbuatan kejam suspek terbongkar selepas pihak polis menerima aduan daripada jiran berkaitan bau busuk luar biasa di rumah yang dihuninya bersama mangsa.

“Pihak polis yang bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan menjumpai saluran tangki kumbahan ditutup papan lapis di mana terdapat bahagian badan manusia di dalamnya,” katanya pada Ahad.

Menurut beliau, mangsa berusia 68 tahun sebelum itu dilaporkan hilang menerusi laporan polis yang dibuat anak perempuannya pada 28 Mei lalu.

Katanya, kehilangan mangsa dimaklumkan suspek sendiri kepada adik-beradiknya bahawa ibu mereka keluar dan tidak pulang ke rumah.

“Pihak polis sebelum ini telah pergi ke rumah suspek, tetapi keadaan rumah itu memang tidak terurus dengan banyak barang berselerak selain bau yang kurang menyenangkan kerana dua beranak terbabit terlibat dalam perniagaan barangan terpakai.

“Bagaimanapun, panggilan yang dibuat jiran mangsa semalam, telah membawa kepada penemuan potong-potongan daging dipercayai daging manusia,” katanya.

Tambah beliau, siasatan pihak forensik di tempat kejadian menjumpai beberapa bukti termasuk senjata yang digunakan untuk membunuh.

“Permohonan reman akan dibuat terhadap lelaki itu di Mahkamah Taiping hari ini,” katanya.