SEORANG lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Perak di Persisir Lembah Sayong, Kuala Kangsar, pada Jumaat malam.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan Balai Bomba Kuala Kangsar menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.35 malam.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat telah diteruskan semula pada jam 8.30 pagi Sabtu.
“Pasukan Penyemalat di Air (PPDA) membuat selaman dan pencarian dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.
“Bot penyelamat membuat pencarian dalam jarak tiga kilometre dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Ahmad Izuwan Zakaria membabitkan 10 orang pegawai dan anggota daripada JBPM, 15 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan empat petugas daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sehingga kini, identiti mangsa dan punca kejadian masih sedang dikenal pasti.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.