Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PERHILITAN sedia maklum kehadiran harimau belang di Hulu Paka -

PERHILITAN sedia maklum kehadiran harimau belang di Hulu Paka

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu sedia maklum berhubung kehadiran harimau belang di sekitar Hulu Paka, Dungun, Terengganu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah memasang dua buah perangkap di kawasan berhampiran apabila menerima makluman berkenaan kemunculan haiwan liar berkenaan di sekitar kawasan tersebut sejak Mac lalu.

“Kita turut dimaklumkan berhubung penemuan terbaharu haiwan liar berkenaan di lokasi sama pada Ahad lalu.

“Berdasarkan video tersebut, kita percaya ia mungkin harimau belang dewasa betina seberat antara 90 kilogram (kg) hingga 100 kg,” katanya ketika dihubungi Kosmo! pada Selasa.

Terdahulu, penduduk Hulu Paka gempar dengan kemunculan seekor harimau belang yang dikesan berkeliaran di kawasan berbukit di mukim itu pada Ahad.

Rakaman video yang memaparkan kelibat harimau belang itu turut tular selepas seorang pengguna jalan raya memuat naik video tersebut menerusi laman sosial Facebook.