Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cacar monyet dikesan di Thailand -

Cacar monyet dikesan di Thailand

THAILAND melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.

Penumpang yang dalam perjalanan dari Eropah itu difahamkan singgah kira-kira dua jam sebelum menyambung penerbangan ke Australia, lapor Astro AWANI.

Seramai 12 kru dan penumpang pesawat berkenaan yang berhubung rapat dengan pengembara yang dijangkiti itu sedang menjalani kuarantin di Thailand selama tujuh hari.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga meskipun tiada gejala yang dikaitkan dengan cacar monyet direkodkan.

Ketua Biro Epidemiologi, Dr Chakkrat Pittawawongon berkata kesemua 12 yang berhubung rapat akan diasingkan selama 21 hari bagi memastikan keselamatan