Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Arena takraw negara kehilangan Raja Libas -

Arena takraw negara kehilangan Raja Libas

ARENA sepak takraw Malaysia kehilangan seorang legenda emas negara apabila Rehan Mohamad Din meninggal dunia di kediaman keluarganya di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor malam tadi.

Perkhabaran mengenai Raja Libas Malaysia era akhir 80-an dan awal 90-an berusia 54 tahun itu dimaklumkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di laman Facebook persatuan tersebut.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Rehan Mohamad Din (Lagenda Emas Negara) yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 2022 di kediaman keluarganya di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim. 

“PSM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa beliau ketika mewakili negara sebagai pemain dan juga jurulatih yang amat dihargai dan akan dikenang sepanjang zaman. Al Fatihah,” katanya.

Untuk rekod, Allahyarham pemenang dua pingat emas regu berpasukan dan antara regu Sukan Asia Beijing 1990, bergandingan dengan Nordin Sabarudin (tekong) dan Abd Malik Samsudin (apit kiri pengumpan) menewaskan Thailand 2-1 dan 2-0 dalam perlawanan akhir.

Turut memperkasakan skuad takraw negara temasya di China itu Ahmad Jais Baharun, Shaari Hashim, Rosli Ab Rahman, Noor Rani Adnan, Raziman Hassan, Ku Halim Ku Musa, Mohd Noor Abdullah, Baharum Jahar dan Suhaimi Yusof.