Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak jatuh dari rumah rakit ditemui lemas -

Kanak-kanak jatuh dari rumah rakit ditemui lemas

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh dari rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan, Pahang berjaya ditemukan anggota bomba, pada pagi Ahad.

Astro Awani melaporkan, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Siti Nur Athhiya Sofea Muhammad Sukri ditemukan pada jam 11.35 pagi.

“Mayat ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari rumah rakit iaitu lokasi mangsa dipercayai terjatuh oleh pasukan bomba yang menjalankan Operasi SAR hari kedua pada hari ini.

“Skop pencarian diluaskan sehingga radius tiga kilometer dari lokasi kejadian, dan menumpukan pencarian secara ‘surface searching’ selain Unit K9 yang melakukan beberapa selaman bagi operasi ini,” katanya.

Sebelum ini, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa, Muhammad Sukri Ali, 50, yang juga pengusaha rumah rakit berkenaan dan hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.15 malam dan cuba mencarinya di sekitar rumah rakit itu, namun gagal.

Ismail berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian baju kurung berwarna merah seperti yang dilaporkan bapa mangsa.