Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Naqiu kemalangan dilanggar teksi -

Naqiu kemalangan dilanggar teksi

PENYANYI Naqiu berhadapan dengan detik cemas apabila mengalami kemalangan setelah langgar oleh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kemalangan yang berlaku di Putrajaya berlaku kira-kira pukul 8 malam pada Jumaat sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan untuk persembahan sempena Anugerah Meletop Era yang akan berlangsung pada Ahad.

“Memang kejadian berlaku sangat cepat dan saya hanya perasan apabila beg udara  terkeluar dan kereta mula berasap. Waktu tu saya panik dan tak tahu nak buat apa-apa.

“Bila keadaan sudah okay barulah saya hubungi pengurus memaklumkan kejadian tersebut. Janhan risau tak ada kecederaan serius pun,” katanya.

Namun penyanyi berusia 37 tahun ini mendedahkan beberapa anggota badan termasuklah muka, bahagian dada dan kaki sakit akibat kemalangan tersebut.

Dalam kejadian itu, dia tidak keseorangan sebaliknya bersama pengawal perhubungan awam syarikat naungannya.

Kedua-dua mereka sudah pun membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Sepang dan mendapatkan rawatan di hospital untuk pemeriksaan lanjut. – SB