Walaupun hidup dalam negara demokrasi,ia tidak memberi kebebasan kepada masyarakat bersuara suka hati apatah lagi mengenai bentuk badan seseorang (body shaming).
Perkara itu dialami selebriti Datuk Fazley Yaakob apabila ada segelintir pihak yang tanpa segan silu menegur tentang perubahan bentuk badannya secara terang-terangan.
“Lately ni nampak chef macam semakin berisi je,” tulis seorang peminat sambil meninggalkan tanda pagar #cakapje #janganmarah.
Bengang dengan soalan yang diterima, dia membalas: “Pernah kena penampar dengan chopping board tak?”
Tambahnya lagi, perbuatan menegur tubuh badan orang lain adalah tindakan tidak wajar dan perlu dielakkan.
“Kalau lah media sosial boleh ‘auto block’ dan ‘ban’ orang-orang yang suka body shaming, saya rasa ramai orang hilang akaun masing-masing tau!
“Orang tua-tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita,” katanya.
Dalam pada itu pelakon Janna Nick juga menjadi mangsa body shaming apabila ada pihak mengutuk bahagian pahanya yang dikatakan terlalu besar.
Dia bukan sahaja sedih dengan kata-kata yang dilemparkan tetapi pernah terfikir untuk menjalani pembedahan usus bagi menguruskan badannya akibat ‘termakan’ dengan kata-kata mereka.
“Hari ini aku sedih, selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar. Tapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus.
“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang. Aku harap mereka akan berhenti body shaming orang lain,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.