SEORANG lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, di Sungai Petani, Kedah pada Rabu.
Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 12.38 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal.
Menurut sumber, mangsa yang ditembak jatuh berhampiran kenderaan pelbagai guna (MPV) putih miliknya.
“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti motif kejadian.
“Kita juga masih menjalankan siasatan sama ada kejadian ini mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya.
Setakat ini, sepasukan anggota unit forensik polis masih melakukan siasatan di lokasi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.