Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes rogol: Bapa saudara dipercayai mabuk -

Kes rogol: Bapa saudara dipercayai mabuk

PIHAK polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan rogol seorang tukang besi terhadap anak saudaranya di Bandar Mutiara, Sungai Petani kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya tidak menolak sekiranya suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Menurutnya, lelaki berusia 34 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa melakukan perbuatan itu ketika remaja perempuan berumur 15 tahun itu sedang menumpang tidur di rumahnya.

“Turut berada dalam bilik tidur sama ialah ibu saudara (isteri suspek) dan dua orang sepupu mangsa yang berusia tujuh dan lapan tahun.

“Kita percaya pasangan suami isteri itu berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku,” kata Zaidy semasa dihubungi Sinar Harian.

Tambah beliau, meskipun percaya pasangan itu sedang mabuk, pihaknya masih tidak mengetahui jenis minuman yang diambil kedua-dua mereka.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, suspek dikatakan memasuki bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.

Mangsa difahamkan tidak menjerit disebabkan perasaan takut terhadap tindakan bapa saudaranya sendiri itu.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat seorang remaja dirogol ketika menumpang tidur di rumah bapa saudara kerana nenak yang menjaga mangsa pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.