Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Murid lelaki dicabul, cuba diliwat pak 'guard' dalam surau sekolah -

Murid lelaki dicabul, cuba diliwat pak ‘guard’ dalam surau sekolah

SEORANG murid lelaki berusia 12 tahun dipercayai dicabul dan cuba diliwat oleh seorang pengawal keselamatan di surau sebuah sekolah rendah agama pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.15 pagi ketika mangsa sedang tidur bersama rakan di dalam surau sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perlakuan suspek lelaki tersebut kepada ibu bapanya yang datang ke sekolah berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian mangsa dicabul dan cuba diliwat tersebut berlaku di surau sekolah ketika mangsa tidur bersama rakan di surau itu.

“Pada malam tersebut juga mangsa terlibat dengan program qiamullail,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Katanya, mangsa memberitahu kejadian cabul dan cubaan liwat itu kepada ibu bapanya ketika dijemput di sekolah tersebut pada jam 10.15 pagi hari sama.

“Mangsa dibawa oleh ibu bapa membuat laporan polis dan dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.

“Susulan daripada itu, pengawal keselamatan yang berusia 38 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, suspek dibawa ke Mahkamah Tanah Merah pada Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017,” katanya.