Persoal Ustaz Kazim, Aeril teruk dikecam netizen

0
722

PERKONGSIAN yang dibuat oleh pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias mengenai penyakit misteri yang dihadapi pada bahagian tangan mengejutkan ramai pihak.

Dia yang membuat perkongsian tersebut melalui media sosial miliknya pada Rabu memperlihatkan kesan parut dan masalah kulit yang ke hitam-hitaman pada bahagian tangan.

Dia juga meminta mana-mana pihak untuk mengubat bahagian tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan.

“Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Pada Allah kita berserah,” tulisnya melalui akaun Facebook.

Keadaan tangan Kazim Elias yang dipercayai angkara penyakit misteri.

Perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi juga pelakon Aeril Zafrel yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

“Shooting kan ni ustaz? Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya berterus terang.

Ternyata komen yang ditinggalkan oleh Aeril menimbulkan pelbagai respons daripada peminat yang kurang senang dengan apa yang ditulis oleh pelakon berkenaan.

Ada yang beranggapan, tulisan tersebut tidak sensitif dan mempertikaikan sikap sebenar suami kepada pelakon Wawa Zainal terhadap masalah kesihatan yang dihadapi oleh Ustaz Kazim ketika ini.

Tangkap layar komen Aeril Zafrel pada hantaran Facebook milik Ustaz Kazim Elias

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim memang menanggung sakit dan macam-macam orang buat pada dia. Semuanya sebab sifat dengki dan dendam, ada sahaja tak kena.”

“Selidik dulu baru komen bro. Nanti taklah memalukan diri sendiri.”

“Kalau tak ada komen yang baik untuk ditinggalkan, lebih baik diam sahaja. Tak payah lah sibuk nak komen kalau memalukan diri sahaja,” tulis beberapa orang netizen.

Dalam pada itu ada pula yang sependapat dengan Aeril yang percaya perkongsian tersebut dibuat melibatkan penggambaran filem.

“Rasanya memang betul Ustaz tengah shooting sekarang dengan Mawi. Rasanya ada kaitan dengan apa yang dilaluinya sebelum ini.”

“Selalunya untuk promosi apa-apa drama atau filem memang akan benda macam ni. Ala macam Zul Ariffin selalu buat,” kata beberapa orang netizen lain.

Namun begitu mengikut pemerhatian di dalam media sosial, Ustaz Kazim sememangnya sedang menjalani penggambaran dan gambar yang dimuat naik itu juga merupakan antara babak yang terdapat dalam filem berkenaan.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here