Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mas Idayu sudah dirisik, nikah September ini -

Mas Idayu sudah dirisik, nikah September ini

PERKHABARAN ‘manis’ datang daripada penyanyi dangdut Mas Idayu apabila mengakui dia sudah dirisik oleh Sufian Isa yang juga merupakan seorang penerbit TV baru-baru ini.

Jelasnya dia sudah pun mengandaikan majlis merisik dan menghantar tanda namun bukanlah majlis pertunangan seperti mana yang didakwa segelintir pihak.

Bercerita lanjut mengenai majlis tersebut, Mas Idayu mengesahkan ia dilakukan di kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor minggu lalu.

“Sewaktu majlis dilangsungkan, saya hanya berada dalam bilik sahaja dan tidak dibenarkan keluar. Ketika nak pasang ‘tanda dan diikat’, barulah saya keluar.

“Sepanjang majlis pun keluarga tak banyak bertanya kepada dia (Sufian). Lagipun sebelum ini keluarga tak suka pilihan saya yang usia lebih muda daripada saya,” jelasnya.

Meskipun pelbagai tanggal yang diterima daripada pelbagai pihak, dia tidak peduli dengan perkara berkenaan dan mahu memberikan tumpuan kepada hari bahagianya sahaja.

Sudah menetapkan September hadapan untuk menamatkan zaman jandanya, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% itu mengakui sudah menyiapkan beberapa bahagian majlis perkahwinannya.

“Buat masa ini cuma tinggal nak pilih lokasi majlis sahaja dan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan. Apa yang diistimewanya, jemputan yang hadir nanti akan menerima cenderahati berupa produk kecantikan jenama Twenty Skincare.

“Mengikut perancangan pula majlis pernikahan akan berlangsung pada sebelah pagi dan malam pula adalah majlis bersanding,” tambahnya lagi.–SB