Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion -

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion

BANK Dunia pada Rabu mengumumkan pembiayaan sehingga US$30 bilion di bawah pelan tindak balas global dalam usaha menangani krisis keselamatan makanan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan bank itu memaklumkan pembiayaan berkenaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial, air dan pengairan bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Pembiayaan itu juga termasuk untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan baja, meningkatkan sistem makanan dan menyokong pengeluar dan golongan rentan.

“Kenaikan harga makanan memberi kesan buruk kepada golongan miskin dan rentan,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass. 

Justeru, beliau menggesa negara-negara untuk melakukan usaha bersepadu bagi meningkatkan bekalan tenaga dan baja, membantu petani meningkatkan penanaman serta hasil tanaman selain “menghapuskan dasar menyekat eksport dan import”.–Bernama