Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima beranak cemas MPV dihanyutkan arus banjir -

Lima beranak cemas MPV dihanyutkan arus banjir

Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Dingkir Inas Kuala Pilah, pada petang Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Abdul Halim Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.36 petang dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki lima individu terdiri daripada dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi hanyut dibawa arus banjir.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke rumah mereka di Johol,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Abdul Halim berkata, pihaknya turut melakukan operasi menyelamat di Kampung Dingkir di sini selepas kediaman penduduk dilanda banjir kilat.

“Kejadian disebabkan hujan lebat sejak tengah hari itu melibatkan lima rumah dengan anggaran 12 orang penduduk,” katanya.