CADANGAN bagi mewujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan biarpun negara kini sedang menuju fasa peralihan dari pandemik kepada endemik Covid-19.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin berkata, perkara itu masih relevan apabila sesetengah isu yang melibatkan pemulihan pasca pandemik bukan sahaja tertakluk kepada tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
“Kita tahu bahawa negeri-negeri di Malaysia berkuasa dalam bidang tertentu, dan pihak berkuasa tempatan ada peranan. Jadi ada sesetengah isu bukan masalah nasional, tetapi berkaitan masalah negeri atau kawasan tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikan ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, pada Selasa.
Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, kewujudan Majlis Pemulihan Negeri ini juga akan memberikan kesan kepada secepat mana proses yang diambil oleh negara untuk mencapai pemulihan pasca pandemik.
“Cadangan ini sudah dipersetujui oleh Kabinet dan kita sedang menunggu Perdana Menteri untuk menandatangani surat supaya kerajaan negeri boleh membentuk Majlis Pemulihan Negeri dalam tempoh terdekat,” katanya. –SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.