Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP -

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia – KPDNHEP

MALAYSIA mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Justeru, jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara.

Dalam kenyataan KPDNHEP di laman Twitternya memaklumkan, seramai 2,200 penguat kuasa akan sentiasa membuat pemantauan. Ini bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

Ia sekali gus menepis dakwaan bekalan tepung gandum negara bakal terjejas untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Sebelum ini, India dilapor mengenakan larangan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta.

Ia susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik yang menjejaskan hasil tanaman dengan harga bekalan tempatan mencecah rekod tertinggi.