Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes HFMD terus meningkat -

Kes HFMD terus meningkat

PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus mencatakan peningkatan apabila negara mencatatkan 28,957 kes pada Minggu Epid 19 sejak Januari lalu hingga Jumaat lepas.

Penyakit yang menjangkiti bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa ini menunjukkan pertambahan mendadak berbanding tahun sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes yang dilaporkan menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding kes tahun lepas, iaitu hanya 4,239 kes seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu membabitkan sebanyak 12.8 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021, yang hanya mencatatkan 1,752 kes.

Selain itu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pengabaian aspek kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan kerap dan kebersihan kawasan yang kerap dicapai kanak-kanak merupakan faktor HFMD menular di Selangor.

Tambahnya, kealpaan pengusaha taska, tadika dan pusat-pusat penjagaan untuk mematuhi garis panduan kebersihan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyumbang kepada penularan penyakit ini di premis-premis berkenaan.

Di Pahang pula, Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus turut berkata, kes HFMD masih menunjukkan peningkatan sepanjang minggu ini.

Beliau berkata, terdapat 1,288 kes dicatatkan sehingga 12 Mei berbanding 1,142 kes yang dicatatkan setakat 7 Mei lalu.

Ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rundingan yang sahih daripada pegawai perubatan dan anggota kesihatan serta tidak mudah terpedaya dengan promosi rawatan alternatif dalam menyembuhkan penyakit HFMD ini.

Oleh itu, pencegahan HFMD tidak memerlukan peruntukan khas dalam mengekang penularannya, sebaliknya ia bergantung kepada asas penjagaan kebersihan itu sendiri.