Rahsia Maria Farida ‘tak dimakan’ tua

0
642

Melangkaui angka 53, tiada siapa yang dapat menafikan kecantikan yang masih dimiliki oleh Datin Seri Maria Farida. Jika kebayakan rakan seusia sedang berjuang untuk kekal muda, dia pula masih sama seperti dahulu.

Mendepani seribu satu persoalan yang sering diajukan kepadanya tentang rahsia kekal muda, Maria hanya mampu tersenyum menjawab pertanyaan tersebut.

“Sampai ke hari ini saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab soalan mereka,” katanya berterus terang.

Tidak ada penjagaan khusus untuk mengekalkan kecantikan, jelasnya dia hanya menjalani kehidupan sama seperti orang lain.

Mungkin disebabkan faktor genetik selain menjalani kehidupan dengan tenang dan positif, membuatkan wajahnya kelihatan muda dan tidak dimakan tua.

“Kalau mak tahu saya tidaklah menjaga sangat hal-hal kecantikan untuk awet muda. Mungkin disebabkan faktor genetik daripada keluarga membuatkan saya begini.

“Kalau tanya ada ambil apa-apa produk kecantikan atau anti penuaan, saya tak ambil sama sekali. Lagi satu saya tidak merokok dan menjaga kesihatan, mungkin itu penyebabnya,” tambahnya lagi.

Bagi Maria, ibunya juga kelihatan lebih muda daripada usia meski sudah menjangkau usia 70 tahun. Dia percaya faktor genetik membuatkan dirinya terkena tempias kekal muda.

Apa yang paling penting adalah untuk hidup dengan suasana positif selain terus diberikan kesihatan yang baik untuk hidup pada hari-hari mendatang.

“Setiap hari saya berdoa dan berharap diri ini terus sihat dan tidak mendapat apa-apa penyakit. Apabila sihat tubuh badan, apa sahaja boleh dilakukan.

“Sebab itu saya sangat menitik beratkan soal kesihatan termasuklah untuk semua ahli keluarga,” katanya lagi.

Mengulas mengenai keadaan semasa pula, pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah ini masih berwaspada dengan Covid-19 meskipun negara sudah memasuki fasa endemik.

Datin Seri Maria Farida bersama suami, Datuk Rahman Shakur

Dia masih mengamalkan beberapa prosuder operasi standard (SOP) yang difikirkan wajar untuk melindungi diri dan keluarga daripada menjadi mangsa.

Pengalaman melihat ibu dan suami sendiri pernah positif virus berkenaan membuatkan Maria lebih berhati-hati dalam meneruskan aktiviti harian.

“Tahun ini saya tak buat rumah terbuka dan hanya untuk saudara mara terdekat sahaja. Takut lagi sebenarnya memandangkan kes belum habis sepenuhnya.

“Kalau tak ada hal penting atau kerja yang perlu dibuat, saya akan berada di rumah sahaja,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here