Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Israel tembak mati wartawan Al Jazeera -

Tentera Israel tembak mati wartawan Al Jazeera

TENTERA Israel telah menembak mati seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Shireen dilaporkan terkena peluru hidup pada Rabu ketika sedang membuat liputan serangan Israel di bandar Jenin dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut kementerian dan laporan Al Jazeera.

Memetik laporan Astro Awani, dia disahkan meninggal dunia di hospital.

Video kejadian menunjukkan Shireen ditembak di kepala, kata Nida Ibrahim dari Al Jazeera.

“Apa yang kita tahu buat masa ini ialah Kementerian Kesihatan Palestin telah mengumumkan kematiannya. Shireen Abu Akleh sedang membuat liputan serangan yang berlaku di Jenin, yang terletak di utara Tebing Barat, apabila dia terkena tembakan di kepala,” kata Ibrahim, bercakap dari bandar Ramallah, Palestin.

Ibrahim menggambarkan Shireen sebagai seorang wartawan yang sangat dihormati dan telah bekerja dengan Al Jazeera sejak permulaan perjuangan Intifada Palestin sekitar tahun 2000.

Shireen juga dilaporkan memakai press vest ketika ditembak.

Turut menjadi mangsa ialah seorang lagi wartawan Palestin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan.Ali Samoudi, yang bekerja untuk akhbar Quds yang berpangkalan di Baitulmaqdis, dilaporkan dalam keadaan stabil.