Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Neelofa dedah duit raya Bilal, netizen yang panas -

Neelofa dedah duit raya Bilal, netizen yang panas

PASANGAN Neelofa dan PU Riz mendedahkan jumlah kutipan duit raya anak sulung mereka, Muhammad Bilal berjumlah RM14,020 hari ini.

Neelofa yang membuat perkongsian tersebut menerusi TikTok miliknya sambil memperlihatkan video dia dan suaminya sedang mengira duit yang diterima sempena lebaran yang disambut minggu lalu.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah memberikan duit raya kepada anak mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham.

“Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Dalam tempoh 3 jam memuat naik video berkenaan, ia sudah mencecah 1.3 juta tontonan, 116,000 tanda suka, 13,000 perkongsian daripada pengikut dan 4,000 komen.

Namun begitu video yang dikongsikan mendapat pelbagai reaksi termasuklah sebahagian daripada netizen kurang senang dengan perkongsian yang dibuat oleh mereka berdua.

“Boleh buat down payment kereta bila dah besar nanti. Tinggal ambil lesen kereta sahaja.”

“Tak nak tunjuk muka anak sebab takut penyakit ain tapi tunjuk rezeki anak sampai 14k. Lagi tinggi ain rasanya,”

“Kalau jumlahkan duit raya aku dari kecil sampai besar, tak cukup lagi RM14,000. Untungnya Bilal,”

“Budget duit raya golongan kayangan bersamaan dengan 10k KWSP one off rakyat marhaen,” tulis beberapa orang netizen.

Dalam pada itu, sehingga ke hari ini, Neelofa dan Riz masih belum lagi menunjukkan wajah anaknya kerana bimbang penyakit ain (hati) seperti yang pernah diberitahu kepada umum sebelum ini.–SB