Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ajak bangga anak mampu urus jenazah -

Ajak bangga anak mampu urus jenazah

TIADA apa paling menggembirakan pelawak Ajak Shiro apabila anak sulungnya, Mohamad Jad Thaqif, 12, sudah mampu menguruskan jenazah meskipun masih bergelar kanak-kanak.

Dalam satu perkongsian yang dibuat dalam Instagram miliknya, Ajak bertanyakan kepada anak sulungnya itu berapa jenazah yang sudah diuruskan ketika berada di kampung sempena cuti lebaran baru-baru ini.

“Dah selesai ke? Semalam berapa jenazah? Hari ini berapa?” tanya Ajak kepada anaknya itu.

“Semalam enam. Hari ini tiga,” jawab Jad sambil mengukir senyuman di bibirnya sebaik sahaja pulang daripada menguruskan jenazah.

Bangga dengan kebolehan anaknya itu, Ajak mengakui yang dia mempunyai pengetahuan menguruskan jenazah tetapi anaknya mencipta lebih banyak rekod berbanding dirinya.

“Walaupun aku ada pengetahuan, tapi dia lebih berpengalaman. Dia lagi banyak rekod banding aku. Semalam dengan hari ini je dah 9 jenazah dia mandikan.

“Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak Baba ni. Jad rehat eh. Muka nampak letih tu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian yang dibuat oleh penyampai radio Suria FM itu mendapat respons yang baik daripada pengikut dan rakan-rakan artis.

Ramai yang kagum tak kurang juga yang berbangga apabila melihat Jad sudah mempunyai pengetahuan dan mampu menguruskan jenazah sejak usia kecil lagi.

“Bertuahnya dapat anak bujang macam ni, anak syurga. Kenapalah anak-anak makcik tak macam ni.”

“Hebatnya Jad. Tak semua anak muda sanggup uruskan jenazah. Respek pada Jad dan Ajak yang membimbing anak dengan baik,” kata beberapa orang netizen.

Sebagai info, bapa mentua Ajak merupakan individu penting dalam bidang pengurusan jenazah di Johor sejak dahulu lagi.

Ajak sendiri pernah mendedahkan yang dia sering membantu mentuanya itu sekiranya pulang ke kampung dan menganggap ini merupakan amal jariah untuk mereka yang telah pergi.