Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seorang pemotong rumput maut, seorang parah dirempuh MPV -

Seorang pemotong rumput maut, seorang parah dirempuh MPV

SEORANG pemotong rumput maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika berehat di bahu jalan, Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong, Kedah, hari ini.

Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi manakala rakannya patah bahu tangan kanan dan masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain, berkata siasatan mendapati ketika kejadian dua lelaki warga Myanmar sedang berehat selepas melakukan kerja mesin rumput di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, sebuah MPV yang datang dari arah lampu isyarat Semeling hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh dua pokok.

“Kita percaya MPV terbabit dipandu laju dan selepas merempuh pokok, ia turut merempuh dua mangsa terbabit sehingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

“Ketika kejadian, mangsa yang meninggal dunia duduk di atas rumput manakala rakannya pula berada atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan tempat mereka melakukan kerja mesin rumput,” katanya memetik laporan BH Online.

Mohd Mahiri berkata, pemeriksaan mendapati pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan manakala motosikal terbabit adalah milik mangsa yang meninggal dunia.

Setakat ini, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, MPV berkenaan dipandu seorang remaja lelaki tetapi maklumat belum dapat dipastikan kerana polis masih menjalankan siasatan lanjut. – SB