Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sambutan raya terganggu, bekalan air terjejas di 472 kawasan Selangor -

Sambutan raya terganggu, bekalan air terjejas di 472 kawasan Selangor

SEBANYAK 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 3 petang ini susulan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terjejas ialah 172 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).

Menurut Air Selangor kedua-dua LRA berkenaan dihenti tugas pada pagi tadi ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir seperti yang dilaporkan dalam kenyataan rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Air Selangor memaklumkan bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal dan pada masa sama pengurusan air itu mengambil langkah untuk meminimumkan impak gangguan itu kepada pengguna. 

Pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan dan merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk perkembangan semasa insiden berkenaan. 

Pengguna juga boleh mengajukan pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre Air Selangor yang boleh dicapai di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

— BERNAMA