Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Guru wanita terperdaya macau scam, RM276,000 lesap -

Guru wanita terperdaya macau scam, RM276,000 lesap

SEORANG guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas menjadi mangsa Macau Scam, apabila ditipu kononnya dia didakwa melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa pembayaran bagi menguruskan kesnya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 41 tahun itu telah membuat pinjaman bank di samping meminjam wang daripada rakannya serta mengeluarkan wang simpanan untuk membuat pembayaran berkenaan.

Beliau berkata ia bermula apabila wanita itu dihubungi individu yang mengaku kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal bulan ini, yang memberitahu kononnya dia melakukan kesalahan kerana membeli ubat dalam kuantiti berlebihan.

Menurutnya panggilan itu kemudian kononnya disambungkan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak, dan ia disusuli dengan beberapa lagi tuduhan lagi sehingga wanita itu percaya dan bersetuju untuk memasukkan wang ke beberapa akaun. 

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata dalam tempoh antara 11 April dan semalam, wanita itu telah membuat transaksi ke beberapa akaun berjumlah RM276,000, dan dia berasa ditipu apabila semasa mencuba menghubungi pihak berkenaan, panggilannya tidak berjawab, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan Aibee berkata sepasang suami isteri warga emas berumur 69 dan 64 tahun kerugian RM30,000 selepas diperdaya seorang suspek, kononnya mereka telah memenangi wang tunai RM500,000 melalui nombor ekor di Bahau, Jempol.

“Pengadu dan isteri mempercayai hal itu dan dibawa suspek ke Maybank Kuala Pilah bagi melakukan pengeluaran wang untuk membuat pembayaran, kononnya sebagai proses bagi mendapatkan wang RM500,000.

“Kedua-dua mereka menaiki kenderaan individu itu ke Maybank Kuala Pilah dan membuat pengeluaran RM25,000 melalui kaunter, dan seterusnya membuat pengeluaran wang tunai melalui ATM sebanyak RM5,000,” katanya.

Katanya selepas serahan wang tunai dilakukan di dalam kenderaan suspek, dan pasangan itu dibawa ke sebuah bank di Bahau, kemudian ditinggalkan. – Bernama