Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis kaji semula kaedah lupus mercun -

Polis kaji semula kaedah lupus mercun

POLIS akan mencadangkan kepada mahkamah untuk mengkaji semula kaedah pelupusan barang rampasan sebagai bukti, khususnya mercun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kajian itu perlu bagi memastikan kaedah yang lebih sesuai diguna pakai untuk pelupusan barang rampasan.

Beliau berkata, kaedah pelupusan di stor barang kes itu mengikut arahan yang dikeluarkan mahkamah.

Beliau merujuk kes kebakaran stor simpanan bunga api dan mercun dirampas Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul yang mengakibatkan tiga pekerja pembersihan cedera ringan petang semalam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata, prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut Perintah Mahkamah, iaitu melupus barang kes dengan cara gelek melalui penggunaan jentolak dan siraman air sebelum ditanam.

“Berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kimia, kita akan melihat kaedah yang lebih baik untuk melupus barangan kes seperti mercun.

“Ini kerana ada sesetengah barang kes tidak sesuai dilupuskan cara tertentu. Kita akan lihat semula keperluan membuat pelupusan barang kes dengan cara yang sesuai,” kata Azmi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 6.30 itu tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet.

Dalam perkembangan berasingan, Azmi memaklumkan pihaknya bersedia mengatur semula penugasan anggota bagi memastikan warga Kuala Lumpur serta Putrajaya berada dalam keadaan selamat ketika musim perayaan Aidilfitri.

“10 peratus sahaja anggota dibenarkan bercuti dari kekuatan sebenar polis sepanjang tempoh cuti perayaan. Anggota kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang lain akan giat menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan kediaman penduduk sekitar Kuala Lumpur,” katanya. – SB