Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelitup muka hanya wajib dalam bangunan, pengangkutan awam - KJ -

Pelitup muka hanya wajib dalam bangunan, pengangkutan awam – KJ

KERAJAAN memutuskan pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada dalam bangunan dan dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan.

“Pemakaian pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya, Putrajaya, hari ini, lapor Sinar Harian.

Berikut petikan kenyataan beliau:

Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan (indoor) dan di dalam pengangkutan awam termasuk e- Hailing.

• Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan;

A. Dalam Bangunan (Indoor) dan Pengangkutan Awam termasuk e- hailing

• Pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan (indoor) termasuk gedung membeli belah dan pengangkutan awam termasuk e-hailing;

• Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka ini; dan

• Pelitup bagaimanapun muka boleh ditanggalkan:

o Semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan tetapi ia hendaklah segera dipakai semula setelah selesai melakukan senaman tersebut

o Sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang. o Ketika sedang makan, minum

o Ketika sedang berucap

o Membuat persembahan

• Pemakaian pelitup muka terutamanya di dalam bangunan dan

pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang di sekeliling kita, terutama mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan individu immunocompromised.

B. Luar Bangunan (Outdoor)

• Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor).

Ini mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik;

• Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila:

− Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar ramadan, pasar malam, stadium;

− Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;

− Individu yang berisiko tinggi;

− Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.