Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Asrama sekolah agama terbakar, 43 pelajar selamat -

Asrama sekolah agama terbakar, 43 pelajar selamat

SEBUAH asrama Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hishammuddin Sungai Berteh di Klang, Selangor terbakar pada pukul 9.30 malam tadi.

Namun kebakaran itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kehilangan jiwa kerana semua 43 penghuninya menunaikan solat tarawih.

Sinar Harian melaporkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.46 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 29 anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Pelabuhan Klang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Subang dikejarkan ke lokasi kejadian

“Pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan asrama di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

“Operasi pemadaman di tingkat tiga segera dilakukan dengan anggaran kemusnahan 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, operasi pemadaman di tingkat tiga segera dilakukan dengan anggaran kemusnahan 70 peratus

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.09 malam dan tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut,” katanya.