Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi -

Covid-19: Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi

SERAMAI 667,069 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 18.8 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,477,888 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 41.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,885,265 individu atau 92.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,985,091 atau 95.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula 16,006,894 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,872 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,846 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 73,767 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 17,177 dos pertama, 53,369 dos kedua dan 3,221 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,013,893.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Kedah merekodkan jumlah tertinggi iaitu enam kes manakala Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu kes.- BERNAMA