Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Artis pukul bekas isteri dihadapkan ke mahkamah -

Artis pukul bekas isteri dihadapkan ke mahkamah

SEORANG artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di Petaling Jaya, Selangor, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya.

Pendakwaan dijangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Memetik laporan BH, lelaki berusia 45 tahun itu tiba jam 8.53 pagi dengan bergari secara berkumpulan dan memakai baju biru.

Artis berkenaan yang diiringi beberapa anggota polis kemudian dibawa masuk ke mahkamah.

Kelmarin, polis dilaporkan menahan artis terbabit kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, dilaporkan berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada bekas isteri suspek berusia 27 tahun.

Pengadu mendakwa, dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya itu di Kota Damansara, jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis berkenaan.

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana pengadu dikatakan enggan bergambar dengan suspek sehingga artis itu didakwa marah dan memukul badan wanita berkenaan menyebabkannya lebam serta anggota badan sakit.