Covid-19: Kes sembuh atasi kes baharu

0
223

MALAYSIA merekodkan sebanyak 8,267 kes sembuh daripada COVID-19 semalam, menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,283,013, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu dilaporkan semalam juga berada di bawah angka 10,000 dengan 6,968 kes, menjadikan kumulatif kes dalam negara kini mencecah 4,409,202 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 99.65 peratus atau 6,937 kes daripada jumlah kes harian semalam adalah Kategori 1 dan 2 manakala 0.44 peratus atau 31 kes lagi adalah Kategori 3, 4 dan 5.

“Daripada jumlah kes baharu, 6,936 kes adalah jangkitan tempatan manakala 32 lagi kes import. Selain itu, sebanyak 97 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata tidak ada negeri mencatat penggunaan katil kes kritikal atau ICU dan katil bukan ICU melebihi 50 peratus.

Katanya, Selangor merekodkan peratus penggunaan katil ICU dan bukan ICU tertinggi iaitu masing-masing 37 dan 45 peratus.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara adalah 0.84 dengan Melaka merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.89 dan Kelantan mencatat kadar terendah dengan 0.63,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here