Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki mabuk samun bersenjatakan gergaji ditahan -

Lelaki mabuk samun bersenjatakan gergaji ditahan

POLIS sudah menahan lelaki dipercayai mabuk yang melakukan samun menggunakan gergaji kecil terhadap pekerja kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang, Selangor, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam, berdekatan Bandar Puteri.

“Suspek berusia 45 tahun itu mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dia turut mengaku melakukan jenayah itu sendirian.

“Difahamkan, suspek berjalan ke Bandar Puteri selepas menyamun dan menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan dan arak,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 25 April untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan remaja perempuan 19 tahun berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil oleh lelaki yang dalam keadaan mabuk ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka pada 12.08 tengah hari, Ahad lalu.