Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Israel serbu Masjid Al-Aqsa: 153 cedera, lebih 80 orang ditahan -

Israel serbu Masjid Al-Aqsa: 153 cedera, lebih 80 orang ditahan

KEGANASAN Polis Israel yang bertindak menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Jumaat telah mengakibatkan lebih 150 penduduk Palestin cedera dalam kejadian itu, lapor petugas perubatan tempatan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, seramai 153 orang tercedera selepas terkena peluru getah, bom gegaran (stun grenade), dipukul dengan belantan serta gas pemedih mata yang turut digunakan dalam serangan itu.

Memetik laporan The National, jurucakap persatuan tersebut turut mendakwa terdapat serangan yang dilakukan terhadap petugas perubatan, ambulans serta pihaknya turut tidak dibenarkan untuk mendekati dan merawat mangsa.

Bagaimanapun, polis Israel menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa pihak mereka sahaja yang tercedera setelah dilempar batu.

Dalam pada itu, menurut pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Al Kiswani, polis Israel turut didakwa telah menahan lebih 80 penduduk Palestin dalam serangan berkenaan.

Keganasan itu berlaku susulan selepas pihak berkuasa Israel membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak minggu lalu.