Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga remaja maut motosikal bertembung sesama sendiri -

Tiga remaja maut motosikal bertembung sesama sendiri

TIGA remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berlumba di Jalan Kampung Sungai Satan-Jalan Malaysia, di Jeli pada Selasa malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Shuhaimi Jusoh berkata Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhamad Firdaus Mohd Azli, 15, dan Ahmad Tahfiz Irfan Ahmad Nasri, 14, meninggal dunia ketika rawatan di Hospital Jeli.

Beliau berkata kejadian turut menyebabkan seorang lagi remaja lelaki, Muhammad Aidid Darwisy Mohammad Azhary, 15, cedera parah di kepala dan dirawat di hospital sama.

“Kejadian berlaku pada 9 malam, ketika kejadian keempat-empat remaja terbabit dipercayai sedang berlumba di kawasan jalan kampung sebelum bergesel sesama sendiri menyebabkan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shuhaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA